1. Al-Furqan (Taman King Fook)
2. Al-Fateh (Taman Ria) **SAR
3. Al-Baghdadi (Jalan Air Panas)
4. Masjid Quba (Taman Semarak) **SAR
5. Al-Hadanah (depan Yuk chin) **taska
Based on pengalaman saya, memang banyak tempat mengaji yang ada di Tawau ni tapi ntah la kenapa mcm susah sangat mau masukkan adik saya time tu. Kena lagi adik saya ni baru jak mau berjinak-jinak untuk belajar mengaji. Sebelum ni dia mengaji jugak, dalam 3 bulan jugak la tapi mcm ndada yang masuk. Lepas kelas ngaji terus dia lupa. Well, budak" kan lain". Hopefully, dia boleh dipermudahkan la supaya lancar mengaji. Aamiin.
So, kami start haritu ke Al-Hadanah. Saya tertarik juga sebenarnya sebab dia mcm jagaan gitu, yang budak boleh belajar ilmu agama (mengaji, solat, etc). Then, yang saya tengok di Facebook tu, dia ada kelas pagi & petang. Satu kelas tu dlm 3 jam. Memang macam bagus la sebab adik saya sekolah petang di SK ST Patrick, so kira dekat la mau terus ke sekolah kan. but then, time kami ke sana mau daftarkan adik saya ni, rupanya kelas tu untuk taska jak sudah. Kira lama la jugak ndada kelas agama untuk pelajar darjah.
Lepas tu, akak yang di tempat tu recommend ke Al-Fateh yang ada di Taman Ria. Kalau mau ke sini, kita belok di lorong yg ke-2 dari bulatan tu, then belok kanan yg macam menurun bukit tu. Pastu terus seja, sampai tengok ada mcm bangunan sekolah di sebelah kiri. Yang di sini pula, kami mau daftarkan adik saya ni tapi dia punya kelas dari pagi sampai petang. Kira mcm full day la ba tu kan? Kalau anak tuan puan memang mau kasi sekolah agama yang full boleh la masukkan di sini sebab mmg ramai yang recommend kan tempat ni.
Lepas dari tempat tu, dapat lagi recommendation utk try ke Masjid Quba Taman Semarak. Sekolah Agama nya ni memang betul" dalam masjid. Masa first time tengok tu mcm wow la jugak. Then, kami masuk & adik saya pun di test. Memandangkan dia mmg baru mau start mmg nda cun la baca jawi tu semua. Pastu baru la tau yang kalau boleh budak" yg memang pro mengaji jak yg sesuai. Bukan yang newbie mcm adik saya ni.
Nasib la adik saya masih kecil, dia masih nda start malu lagi. Tapi memang tu la di takut. Kalau sudah besar pasti lambat sudah tu & mental breakdown yg dia nda pandai ngaji.
Al-Baghdadi pula memang saya mau kasi masuk adik saya situ. Kalau ingatkan balik memang aim betul" situ, sebab ada adik kawan saya jugak. Tapi bila fikir balik, takut nda mampu mau bayar yuran RM80 sebulan. Well, sebaiknya kita cuba yg lebih murah kan? Plus, yg dekat dengan rumah juga.
Finally, pencarian tempat mengaji adik saya pun berakhir di Al-Furqan di Taman King Fook tu. Serious ramai budak mengaji sini. Dalam hati sudah fikir bagus ni tempat. Kawan mama saya pun banyak recommend kan tempat ni. Masa first time mau daftar tu, adik saya di test dulu. Then, dia pun ditempatkan la kelas nya based on level mengaji tu. Yuran pendaftaran RM50, kalau daftarkan anak ramai" sekali boleh dapat harga murah. Alhamdulillah, tenang jugak la hati dapat daftarkan dia mengaji jugak akhirnya. Jadual mengaji di sini hari Jumaat - Ahad (7.30pm-9.00pm). Yang lagu bagus pasal tempat ni, budak" pun di ajar mcm mana mau solat. So dorg pun nnti keluar serentak la lepas solat jemaah tu. Kalau kamu tanya saya bagus ka nda, saya jawab bagus sangat" & highly recommended.

Ni beg free yang dia dapat time daftar haritu
Iqra & buku rekod pun disediakan
No comments:
Post a Comment